Monday, July 7, 2008

semester akhir

semester 2 bermula pada hari ini. semester akhir untuk menggengam segulung ijazah. insyaAllah. kelas statistics saya bermula pada pukul 1.10pm. kelas itu telah penuh dengan para pelajar semasa saya sampai. mungkin saya terlewat. saya ambil tempat duduk. di barisan belakang sekali. untuk makluman, kelas statistics saya bukan dalam dewan yang besar. cuma dalam bilik tutorial. oleh itu tidak ada tempat duduk yang bertingkat-tingkat. jadinya saya tidak suka duduk di belakang. saya rasa papan hitam itu sangat jauh dari saya. tambahan pula saya rendah. susah nak tengok pensyarah tulis apa. hari rabu ini, saya akan pastikan saya datang awal. tiba-tiba mata saya tertangkap satu kelibat manusia di dalam kelas itu. saya kenal dia. pencerah agung saya semester lepas. hehe.. saya tersuka sebentar.

saya semacam tidak sibuk sangat semester ini. buat masa sekarang lah. saya tidak boleh nujum apa yang akan berlaku pada hari esok. inikan pula pada masa hadapan. saya seperti ingin belajar bahasa baru. tetapi malangnya semua bahasa pada semester ini memerlukan prerequisite semester lepas. tidak mengapalah. saya boleh mengikut cik izah ke kelas bahasa jepunnya. cuma saya harap, pensyarah itu tidak akan tanya apa-apa soalan kepada saya. kalau tidak NaYA! haha..

saya kehilangan rm211. bukan hilang "hilang". itu sebenarnya duit medical check up yang saya buat pada dec 2007. malangnya moe tersayang memberitahu saya telah terlambat untuk claim duit itu kerana sekarang ialah untuk claim yg bertarikh 2008. jadinya saya hanya dapat duit claim visa sebanyak nzd120 sahaja. sedikit sedih. dengan rm211 saya boleh makan kfc 15+ kali. huhu..

saya telah habis membaca the firm. sekarang ini saya sedang membaca the lord of the ring, the fellowship of the ring. secara tepatnya, saya belum mula membaca. hehe..saya baru saja membaca 'prologue"nya. haha.. seakan-akan bosan dan susah. mungkin lebih senang pergi ke civic video dan sewa dvd. tengoklah macammana nanti. cuaca sekarang ini sangatlah tidak menentu dan sangat sejuk. nak pergi buang sampah dan buat laundry yang jaraknya tidak sampai 5min berjalan kaki pun seakan-akan malas dan tidak mampu. inikan pula untuk saya turun ke bandar.

saya terasa seperti tidak mahu membuat honors. saya tidak mampu nak cope dengan sakit kepala nanti. saya harap moe tak akan paksa saya. mungkinkah terjadi?


No comments: