aku tertarik dengan artikel ini.
http://www.nst.com.my/articles/03jrr/Article/index_html
.:
Memang sistem pelajaran di Malaysia berorientasikan peperiksaaan. Namun ia juga turut dipraktikkan di negara-negara lain. Bagi aku, ini merupakan salah satu cara untuk menilai sejauh mana kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap ilmu yang diajar.
Masalah terlalu "exam oriented" bukan sahaja dialami oleh pelajar Malaysia. Malah aku percaya setiap institusi pendidikan di luar negara turut mengalami masalah yang sama. Ini berdasarkan pengalaman aku yang belajar di New Zealand. Prestasi akademik aku disini masih dinilai menerusi peperiksaan. Tetapi di universiti aku, terdapat juga subjek2 yang dinilai menerusi "internal assessment" sahaja.
Contoh masalah (ini aku quote dari artikel tersebut):
1. The education system is too examination-oriented, placing a heavy burden on teachers to complete the curriculum and students to "regurgitate" what they have been taught.
2. schoolchildren are not being taught the skills they need to compete in the 21st century workplace.
3. School teachers and university instructors lament that they have insufficient time to complete the syllabus so non-examination subjects are given less emphasis and sometimes completely ignored.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini pendapat aku untuk masalah
(1)
Aku tidak boleh menjawab persoalan mengenai bebanan yang dipikul seseorang guru. Ini kerana aku tidak berada di tempat mereka lagi. Tapi aku percaya mengajar bukan suatu tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, aku masih tidak nampak, tidak faham dan masih tertanya-tanya bagaimana sistem pelajaran berorientasikan peperiksaan (SPBP) dianggap sebagai bebanan yang berat terhadap seseorang guru untuk menamatkan kurikulum dibandingkan dengan sistem lain. (by the way, sistem apa lagi yang ada.. hehe.. ye aku kurang pengetahuan/ignorant).
Adakah banyak masa diambil untuk menyediakan kertas peperiksaan sehingga mengganggu guru tersebut untuk mengajar?
Apakah jika kita mengubah sistem peperiksaan yang sedia ada dapat meringankan beban guru dan memberi ruang kepada pelajar untuk lebih memahami apa yang diajar?
Bagi aku walau apa jua sistem yang diamalkan, beban yang terletak dibahu seseorang guru masih sama. Tugas seorang guru bukan hanya untuk memuntahkan ilmu-ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik mereka menjadi insan yang berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. Ini termasuk aspek tingkah laku, pertuturan dan cara berfikir.
Memang pembentukan peribadi dan sahsiah seseorang pelajar bermula dari rumah. Tetapi aku percaya guru juga berkongsi tanggungjawab yang sama.
Itu definasi guru bagi aku.
Sebagai seorang pelajar, aku rasa aku layak untuk memberi pendapat berkenaan SPBP. Aku adalah hasil daripada sistem ini. Aku sangat tidak suka mengambil peperiksaan. Rutin sebagai pelajar adalah belajar, membuat assignment/homework/kerja sekolah dan peperiksaan. Selepas peperiksaan, aku lupa apa yang aku telah belajar. Mungkin tidak lupa semua :D Tetapi aku tidak ingat semua.
Walaubagaimanapun, bagi aku ada peperiksaan atau tidak, bukan alasan kukuh untuk menghalang pelajar mencerna apa yang diajar. Bagi aku, masalah faham atau tidak ini bergantung kepada individu itu sendiri. Jika aku tidak faham semasa di dalam kelas, kenapa aku tidak terus bertanya atau berjumpa dengan guru itu sendiri pada masa lain untuk penerangan? Usaha itu penting. Banyak masa diperlukan untuk persediaan peperiksaan bukan alasan untuk tidak faham. Malah selepas ada usaha untuk memahami, peperiksaan bukan lagi satu masalah besar. Betul tak? Kalau dah tahu atau dah faham, maka peperiksaan jadi lebih mudah dan tidak dilihat sebagai suatu bebanan.
Kadang-kadang aku belajar last minute hanya untuk pass. Tetapi peperiksaan itu sendiri membuat aku sedar apa yang aku belajar. Dalam tidak sedar, aku masih memperoleh sesuatu. Kan?
Aku setuju dan sedar wujudnya masalah ini. Mungkin sistem pendidikan di negara kita harus dirombak dan dinilai semula. Cuma aku masih mahu mengekalkan sistem peperiksaan, namun dengan pendekatan yang lebih baik atau lebih lembut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk masalah (2), lain kali ok! (berzaman la nak tunggu kot..)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah pendapat peribadi aku yang naif, kurang pengetahuan dan tidak banyak tahu mengenai dunia luar, mungkin ada salah faham dan yang seangkatan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
p.s. esok last day lecture for the first half of semester. weeeeee~~
Tuesday, August 18, 2009
guru
cerita lift
semester nih aku beralih angin sket. for 2 and a half years i've been doing math marking. but for this semester i chose to mark statistics assignment instead. i also got 2 extra hours per week doing statistics help session. which implies more money. haha..
sebot pasal duet nih, aku geram gila!!! sebab scholarship belom masok lagi. tak sistematik sungguh cara mereka uruskan biasiswa. ada certain yg da dpt n ade yang belom dpt. but those yang da dpt, duet diorg kurang 900+ plak. apekah?? nak bayau sewa rumah lagi. nk beli food lagi.
tadi mase nk masok lift, there was this one guy. he reminded me of my clumsiness/ignorancy. haha.. the lift stopped at level 3 (to pick me la). pastu mamat tuh kua. aku ingat die memang nak stop kat level 3, tapi bile aku da masok dalam lift, button level 4 dah tersedia menyala. haha..aku tersengih. mesti mamat tadi nk pegi level 4 tp die terus je klua membabi buta. bila lift tu stopped kat level 4, aku nampak mamat tu kat tangge. confirmed!
btw, aku bukan nk pegi level 4. membazir letrik je naek lift utk 1 tingkat. 2 tingkat boleh consider lg kan? hehehehe.. please conserve energy!
motif cerita lift tadi ialah, aku ialah seorang yang macam tu. selalu tak perasan lift da sampai level berape. main menonong je (klua membabi buta) everytime pintu terbukak. tapi kadang-kadang2 aku buat tak tau malu masok balek. hehe..
minggu nih last week of lecture before mid sem break. after that i got 6 more weeks of lectures and then i'm done.
eh, belom lagi! exam dulu. lupeee.. hehehe..
Monday, August 17, 2009
entah?
wah wah. sudah sangat lame tiada entry baru. ntahlah. nak kate busy, aku rasa semester nih kurang sibok compared to last semester. cumanya.. aku tak tahu nak tulis ape.
entah. entah. dan entah.
yang aku tahu, sangat banyak perkara berlaku di sekeliling aku, di tempat aku, dan di bumi ini. cuma aku adalah seorang manusia yang sangat2 ingnorant. sangat tidak ambil peduli. sedih kan jadi macam aku?
aku perlu perubahan. cuma mungkin aku yang tidak mahu berubah. konflik diri? entahlah. aku pon tak tahu.
ops. lagi word "entah" yang keluar dari mulut aku.
hahaha.. oklah aku akan cuba untuk menulis selepas ini.
buat masa sekarang, peribahasa "hangat-hangat tahi ayam" paling tepat untuk mendescribe perbuatan aku.
:D
semoga keluargaku, rakan-rakanku dan juga kamu dijauhi virus H1N1. berhati-hati ok?