Tuesday, June 3, 2008

cinta

aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
jatuh cinta
dilamun cinta
bercinta
putus cinta juga
heh =P

aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
bahagia
merana
menangis
ketawa

menangis..
kerana terluka
kerana kecewa
oleh cinta
ada juga kerana bahagia
haha..

ketawa..
kerana gembira
kerana bahagia
oleh cinta

ops!
ada juga yang ketawa kerana sedih
hmm..

cinta oh cinta
penuh ceria
penuh hiba
penuh warna
penuh cerita

jatuh cinta
indah. noktah.
kalau tak percaya cubalah
rasa macam..
makan tak kenyang
mandi tak basah
tidur tak lena
tipikal! haha..

putus cinta
sangat merana
jangan sesekali terasa ingin mencuba
tapi..kalau tak percaya juga
cubalah..haha..

rasa macam
lagu tiada irama
tarian tanpa rentak
simfoni tidak harmoni
hambar dan sepi

semua itu
aku tak tipu
aku tahu
kerana aku
pernah lalui jalan itu

tapi aku
dia, mereka dan kamu
andai pernah kecewa
andai pernah terluka
seringkali terlupa

masih berani
masih mampu untuk menyinta
dan
masih mampu untuk bercinta

pelik kan..

dan yang lagi pelik
masih mampu menyinta dan bercinta
lebih dari apa
yang kita pernah ada
dan pernah rasa..


-nma-


hahahaha.. teringin nak bercerite pasal chentaaa sbb terbace kisah orang.

sekian..terima kasihh~~



Sunday, June 1, 2008

menyanyi

saye tidak mahu merungut tentang analysis ni. tapiii.. saye tak mampu! kenape saye rase die susah? adekah die betol2 susah? atau kepandaian saye sudah semakin merosot? adekah ia cume psychology saye sahaje yg selalu memikirkan ianya susah sedangkan ianya adelah senang? saye keep fighting dengan otak saye bahawe saye akan dapat memahami analysis ini. tetapi setiap kali saye cube menyiapkan assignment ni, hati saye hancur luluh, berkecai. saye terase seperti hendak menangis. tetapi apelah yg ade dengan air mata. ia bukan penyelesai segale masalah. saye sangatlah susah nak menahan air mate. agak-agaknya air mata saye tersangat banyak sampai die senang nk mengalir keluar. atau empangan air mate saye tidak kukuh. hmm..

saye terase persekitaran saye sedikit berubah. suasana dan orang-orang. mungkin saye berfikir terlalu banyak. mungkin analysis menyebabkan saye menjadi super sensitif terhadap bende2 kecil.

saye perlu seseorang yang membuat saye mahu menyanyi.
saye perlu seseorang untuk menyanyi untuk saye. :(


menyanyi kerana gembira
menyanyi kerana sedih
menyanyi kerana rindu
aduh siapa dapat membaca hatiku saat ini