aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
jatuh cinta
dilamun cinta
bercinta
putus cinta juga
heh =P
aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
bahagia
merana
menangis
ketawa
menangis..
kerana terluka
kerana kecewa
oleh cinta
ada juga kerana bahagia
haha..
ketawa..
kerana gembira
kerana bahagia
oleh cinta
ops!
ada juga yang ketawa kerana sedih
hmm..
cinta oh cinta
penuh ceria
penuh hiba
penuh warna
penuh cerita
jatuh cinta
indah. noktah.
kalau tak percaya cubalah
rasa macam..
makan tak kenyang
mandi tak basah
tidur tak lena
tipikal! haha..
putus cinta
sangat merana
jangan sesekali terasa ingin mencuba
tapi..kalau tak percaya juga
cubalah..haha..
rasa macam
lagu tiada irama
tarian tanpa rentak
simfoni tidak harmoni
hambar dan sepi
semua itu
aku tak tipu
aku tahu
kerana aku
pernah lalui jalan itu
tapi aku
dia, mereka dan kamu
andai pernah kecewa
andai pernah terluka
seringkali terlupa
masih berani
masih mampu untuk menyinta
dan
masih mampu untuk bercinta
pelik kan..
dan yang lagi pelik
masih mampu menyinta dan bercinta
lebih dari apa
yang kita pernah ada
dan pernah rasa..
-nma-
hahahaha.. teringin nak bercerite pasal chentaaa sbb terbace kisah orang.
sekian..terima kasihh~~
Tuesday, June 3, 2008
cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment