Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Monday, October 26, 2009

pelangi cantik!


wahai hati
ada apa dengan cinta manusia
sehingga engkau alpa dan leka
menanti ternanti bagai nak gila
dihujungnya cuma duka dan sengsara
wahai hati
carilah cinta Ilahi
kerna ia cinta yang suci
cinta abadi cinta hakiki
membawa kita ke syurga pasti
wahai hati
jangan engkau lupa
jangan hanyut dibawa arus dunia
hidup ini cuma sementara
bila Izrail mencabut nyawa
yang tinggal hanya cinta kepadaNya
yang tinggal hanya cinta dariNya

andainya engkau tahu
kiranya engkau peduli
wahai pemilik sekeping hati..


p.s. petang tadi ade pelangi. cantik. bukan senang nk nampak. suke2 :D

Wednesday, April 29, 2009

terbang~


aku ada ruang sendiri
jangan tanya kenapa dan mengapa
dewasa adalah aset aku
ceria selalu hingga ke tahap maksima
terbang bersama aku
jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
aku tahu apa yang aku buat
tapi kamu tak pernah tahu!
hidup ini mesti bebas
makan, minum, bermain..
atau jangan buat apa-apa
ini adalah kehendak termaksima aku
tapi dihujungnya pasti ada sempadan
ingat tu!


Sunday, April 5, 2009

monink!


ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan

aku jauh ke dasar kerak bumi
yang belum pernah diterokai


warna ku rindu

jiwa ku biru
menanggung cintaku
umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang mempunyai hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi

kala ditinggalkan cahaya matahari
dibebankan
dengan bunyi rinjisan hujan


seperti mahu saja aku mengejar

gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah
rindu aku pada ...

kini harus aku terus menunggu

atau hilang saja aku di lautan yang luas


.:selamat pagi cinta:.




Sunday, October 26, 2008

s.e.p.i.

aku sepi
bila dunia aku terhenti
tapi dunia luar masih berputar di paksi
penuh dengan tari
tapi tarian aku mati

sepi aku bila
hilang dari pandangan mata
tiada nada
tiada gurau senda

aku sepi
bila dia menyepi


angin bawa daku pergi bawa bersama sepi.

-nma-


p.s. sepi my version


Friday, September 26, 2008

pelangi

mentari muncul lagi
membawa seribu erti
menghangatkan sebuah sanubari
yang kaku di tiga dimensi

apa mungkin kau memahami
apa mampu kau menyelami
mentafsir sebuah naluri
mengungkap seribu misteri
kisah hidup si puteri

walau jalan penuh berduri
tetaplah disisi
bersama meniti hari
melakar indah pelangi
mengalun asyik puisi

-nma-

Sunday, July 20, 2008

sepi


Saturday, July 5, 2008

sonnet 18

sonnet 18 - william shakespeare

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.


can someone write me a poem pleaseeeeeeee.


Tuesday, June 3, 2008

cinta

aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
jatuh cinta
dilamun cinta
bercinta
putus cinta juga
heh =P

aku lihat
aku dengar
dia, mereka, kamu
bahagia
merana
menangis
ketawa

menangis..
kerana terluka
kerana kecewa
oleh cinta
ada juga kerana bahagia
haha..

ketawa..
kerana gembira
kerana bahagia
oleh cinta

ops!
ada juga yang ketawa kerana sedih
hmm..

cinta oh cinta
penuh ceria
penuh hiba
penuh warna
penuh cerita

jatuh cinta
indah. noktah.
kalau tak percaya cubalah
rasa macam..
makan tak kenyang
mandi tak basah
tidur tak lena
tipikal! haha..

putus cinta
sangat merana
jangan sesekali terasa ingin mencuba
tapi..kalau tak percaya juga
cubalah..haha..

rasa macam
lagu tiada irama
tarian tanpa rentak
simfoni tidak harmoni
hambar dan sepi

semua itu
aku tak tipu
aku tahu
kerana aku
pernah lalui jalan itu

tapi aku
dia, mereka dan kamu
andai pernah kecewa
andai pernah terluka
seringkali terlupa

masih berani
masih mampu untuk menyinta
dan
masih mampu untuk bercinta

pelik kan..

dan yang lagi pelik
masih mampu menyinta dan bercinta
lebih dari apa
yang kita pernah ada
dan pernah rasa..


-nma-


hahahaha.. teringin nak bercerite pasal chentaaa sbb terbace kisah orang.

sekian..terima kasihh~~



Wednesday, April 30, 2008

triste

9.14pm.

i can hear the sound of the rain
pouring down heavily outside
just like the invisible tears on my cheek
running down heavily and endlessly
it took my spirit little by little
each and every moment
all i hope is that..
i will survive till the end

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..tabahkanlah hatiku untuk menempuhi hari-hariku, berikanlah ku kekuatan and permudahkanlah segala urusanku. Amin.




Saturday, April 26, 2008

menunggu

aku lihat
dia di situ
menanti sesuatu
biar tak mungkin berlaku
aku tahu dia juga tahu
masa terus berlalu
namun dia masih menunggu
kerana dia degil
kerana dia tidak mampu
untuk berganjak walau selangkah
kerana selangkah
bererti dia kalah

aku lihat
burung-burung berterbangan bebas
layang-layang menyusur megah
namun dia masih di situ
umpama paksi bumi
berdiri teguh
tiada berubah
masih terjerat dengan langkah
dia cekal dia pasrah
dengan
penantian tiada noktah

aku tahu
dia juga tahu
hidup bukan hakiki
yang hidup pasti mati
namun aku juga tahu
selagi dia masih bernyawa
selagi nafas masih di dada
selagi ada daya upaya
dia akan tetap di situ
menunggu
dan terus menunggu

-nma-

Thursday, April 24, 2008

cerita

sepi malam
berteman kilauan bintang
indah melakar cerita
cerita tentang dia
cerita tentang saya
kisah duka
kisah bahagia
ada tangis hiba
ada gelak ketawa
lembut membelai jiwa
perit menghiris luka
masa penentu segala

-nma-

p.s. 1st poem. rewritten so as to put them in one place.

liza sensei --> liza si tukang jahit --> liza si penyajak. =)) gelak guling2.

if this habit continues, i'll have enough poems to be publish in a book. thats mean $$. and if mendapat sambutan, thats mean more edition to come and thats mean more and more $$$. gile berangan and gile mate duitan. haha..

btw, mcm ada publisher jaa nk terbitkn. ah-ha.

Wednesday, April 23, 2008

dusk

seketika di jendela
melihat kejadian alam
indah mempersona

senja berlabuh
malam membuka tirai
nun di ufuk barat
sang suria mengundur diri
memberi ruang kepada bulan
bersinar bercahaya

semua tersusun rapi
biar kelmarin atau hari ini
tiada beza
tiada satu cela
tanda kehebatan Maha Esa

semua di depan mata
namun masih alpa
itu lumrah manusia
timbul tanda tanya
adakah esok masih sama

-nma-