aku sibuk. sibuk dengan hal duniawi. setiap saat aku memikirkan bila aku akan dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guruku sebagai bekalan waktu cuti. aku sibuk memikirkan apakah code-code R yang betul untuk assignment statistik. aku sibuk merisaukan diri dengan persoalan luluslah aku/dapatkah aku menamatkan honors pada hujung tahun ini.
kadang-kadang aku terlupa masa itu hak Allah. nyawa itu hak Allah. kadang-kadang aku terlupa, andai aku mati esok adakah aku sudah cukup bekalan untuk dibawa menghadapYang Maha Esa, adakah aku akan mati dalam iman, adakah aku akan ditempatkan bersama-sama orang yang diredhaiNya.
sungguh aku jauh beribu batu daripada kedua orang tuaku. daripada adik-adikku. cuma ada rakan taulan disini. aku mahu mati di sisi mak dan ayah, di sisi adik-adikku. sempatkah aku memohon maaf kepada mereka, kepada semua orang yang pernah kusakiti, yang pernah ku kasari, yang pernah ku umpat, yang pernah ku ambil hak mereka dengan sengaja atau tidak.
setiap kali solat, aku ucap sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam. cuma kadang-kadang aku tidak sedar akan itu. aku tidak menghayati maksudnya. begitu juga dengan bacaan-bacaan yang lain. solat sepatutnya mendamaikan hati. menenangkan jiwa.mehindarkan diri dari perkara keji dan mungkar. namun tidak aku rasai nikmat itu... kerana sesungguhnya aku sangat lalai.
tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan-jalan orang yang sesat. [ayat 6-7 surah al-fatihah]
itu doa aku setiap hari. cuma aku tidak sedar. cuma aku lalai.
masa itu hak Allah. nyawa itu hak Allah. semua yang di langit dan di bumi itu hak Allah.
Monday, April 20, 2009
sibukk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment